Pelukis pelan rogol, lakukan seks luar tabii terhadap anak tiri ditahan | Nasional

Pelukis pelan rogol, lakukan seks luar tabii terhadap anak tiri ditahan | Nasional

GOMBAK: Seorang pelukis pelan ditahan kerana disyaki merogol dan memaksa anak tirinya melakukan hubungan seks luar tabii di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan.

“Mangsa berusia 21 tahun itu adalah anak bongsu daripada empat beradik tinggal bersama ibu dan suspek di Gombak manakala tiga lagi adik-beradiknya tinggal bersama nenek mereka di tempat lain.

“Mangsa dilaporkan mula dicabul oleh suspek sejak Mei 2015 ,” katanya melalui kenyataan media di sini hari ini.

Arifai berkata, mangsa mendakwa kejadian pertama berlaku pada Mei 2015 sebelum berterusan hingga tahun akhir tahun lalu.

“Kejadian itu berlarutan sehingga Disember 2019, di mana suspek merogol mangsa.

“Kejadian kali terakhir ialah pada Jun lalu. Mangsa juga diugut oleh suspek supaya tidak memberitahu kejadian berkenaan kepada sesiapa,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Selayang mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Share This Article