Moh Kaji Kesan Dan Keselamatan Vaksin Covid-19 Buat Si Cilik, Berita Setempat

Moh Kaji Kesan Dan Keselamatan Vaksin Covid-19 Buat Si Cilik, Berita Setempat

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 kini sedang mengkaji keberkesanan dan keselamatan dua jenis vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak kecil.

MOH dalam kenyataannya semalam berkata pihaknya dan jawatankuasa itu sedang mengkaji sama ada vaksin Moderna berkesan dan selamat bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.

Bagi vaksin Pfizer-BioNTech pula, mereka sedang mengkaji keberkesanan dan keselamatannya bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.

“Kami sedang mendekati syarikat pengeluar vaksin masingmasing untuk mendapatkan maklumat relevan untuk mempermudahkan penilaian risiko-manfaat tentang penggunaan vaksin ini dalam kumpulan usia ini,” kata MOH.

Kenyataan MOH itu menyusuli laporan kelmarin bahawa pegawai rasmi kesihatan Amerika Syarikat telah meluluskan vaksin Covid-19 bagi bayi dan kanak-kanak kecil – kumpulan usia terakhir yang belum layak bagi vaksinasi.

Jawatanuasa Penasihat mengenai Amalan Imunisasi Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika telah mengundi 12-0 pada Sabtu lalu untuk menyarankan vaksin Pfizer tiga dos untuk kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun.

Mereka juga mengundi 12-0 untuk menyarankan vaksin Moderna dua dos bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun.

Share This Article