Pemerintah Umum Pakej $1.5b Bantu Golongan Memerlukan Tangani Inflasi, Berita Setempat

Pemerintah Umum Pakej $1.5b Bantu Golongan Memerlukan Tangani Inflasi, Berita Setempat

PEMERINTAH telah mengumumkan sebuah pakej bantuan bernilai $1.5 billion untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang lebih mudah terjejas di tengah-tengah inflasi sedunia yang kian meningkat.

Mengumumkannya dalam satu sidang akhbar, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata sekitar 1.5 juta rakyat Singapura akan mendapat Baucar GST – Bayaran Khas Tunai tambahan hingga $300 Ogos ini, di samping Baucar GST – Tunai biasa hingga $400 yang telah diumumkan sebelum ini.

Ini boleh dimanfaatkan golongan pekerja berpendapatan rendah hingga pertengahan serta pesara yang tidak mempunyai pendapatan.

Di bawah pakej itu, setiap isi rumah warga Singapura juga akan mendapat kredit utiliti bernilai $100 sementara syarikat setempat akan mendapat lebih banyak bantuan.

Encik Wong berkata pemerintah tidak akan mengeluarkan dana daripada rizab lalu untuk membiayai pakej tersebut antara lain kerana pemerintah meraih hasil lebih tinggi bagi tahun fiskal 2021 dengan pemulihan ekonomi yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan.

Share This Article