Keputusan GE2020 baik untuk Singapura dan demokrasi parlimennya, kata Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong menerusi satu pos di Facebook Sabtu (11 Julai).
“Melalui pilihan raya-pilihan raya lalu, warga Singapura telah menunjukkan secara konsisten bahawa secara kolektif mereka memilih dan bersikap rasional dalam cara mereka mengundi,” kata Encik Goh.
Encik Goh telah bersara dari politik sebelum pilihan raya bermula selepas berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) selama 44 tahun.
Encik Goh berkata pengundi yang memberi Parti Tindakan Rakyat (PAP) mandat yang jelas untuk memerintah, walaupun dengan peratusan yang kurang berbanding pilihan raya 2015.
Untuk itu, pemerintah boleh terus menangani isu sukar berkaitan kehidupan yang disebabkan oleh Covid-19.
Encik Goh turut menyatakan bahawa keputusan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk melantik ketua Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang “satu langkah yang penting”.