Jumpa di mahkamah | Harian Metro

Jumpa di mahkamah | Harian Metro

[ad_1]

Kuala Lumpur: Bekas pemain Marcerra United dan Kuantan FA akan membawa kes tunggakan gaji lapuk sejak 2018 ke mahkamah selepas tempoh 14 hari berakhir semalam dengan pengurusan kedua-dua pasukan itu lebih gemar mengambil sikap membisu.

Menurut sumber, tempoh untuk menjawab dan berbincang dengan peguam yang mewakili bekas pemain berkenaan langsung dimanfaatkan pengurusan kelab terbabit bagi menyelesaikan isu itu.

Justeru, kes berkenaan akan dibawa ke muka pengadilan bagi menuntut nilai keseluruhan berjumlah RM900,000.

“Saya dimaklumkan mereka (bekas pemilik Marcerra United dan Kuantan FA) langsung tidak menjawab atau cuba berhubung untuk berbincang dengan peguam yang mewakili pemain.

“Mereka diberi peluang selama 14 hari tetapi sehingga hari ini (semalam) mereka masih gagal dan senyap tanpa berita. Jadi, kes ini dah tak boleh ditangguhkan lagi dan sudah tiada peluang untuk mereka.

“Peguam bekas pemain sudah menyediakan segala-galanya untuk dikemukakan di mahkamah, cuma ada beberapa dokumen seperti salinan kontrak sedang tunggu daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia).

“Selepas dapat salinan itu, isu ini akan terus dibawa ke mahkamah untuk memulakan prosiding menuntut hak pemain yang dah lama menunggu,” kata sumber berkenaan kepada Arena Metro.

Pada 24 Februari lalu, pengurusan Kuantan FA dan Marcerra United diberikan satu lagi ‘peluang terakhir’ sehingga 14 hari untuk mengadakan perbincangan dan mencari penyelesaian membabitkan isu tunggakan gaji kepada bekas pemain dan pegawai mereka.

Peringatan itu dikeluarkan peguam yang mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak yang menegaskan kes terbabit akan dipanjangkan ke mahkamah sivil sekiranya pihak bertanggungjawab terus berdegil dan tidak memberi sebarang maklum balas.

Untuk rekod, jumlah lebih RM900,000 itu adalah membabitkan tuntutan daripada 26 pemain dan tujuh pegawai Kuantan FA berjumlah RM590,125 serta 26 lagi pemain dan pegawai Marcerra United berjumlah RM313,306.

Bagaimanapun, menerusi laporan akhbar ini pada 25 Februari lalu, bekas pemilik kelab terbabit menafikan pihaknya berhutang dengan bekas pemain sebaliknya mendakwa pemain melanggar kontrak bersama pasukan.

“Sepatutnya bekas pemilik itu menjawab kepada peguam pemain, bukannya kepada pihak media. Patut peguam beliau berhubung dengan peguam pemain, tapi tak buat pun,” kata sumber itu.

Berita berkaitan

‘Jawablah di akhirat…’

Jumpa peguam

Heret isu tunggakan gaji ke mahkamah – PFAM

FAM sokong tindakan pemain

Pemain Marcerra, Kuantan FA tuntut hak [METROTV]

[ad_2]

Source link

Share This Article