Legenda Melaka kumpul RM5,023 bantu Azizan

Legenda Melaka kumpul RM5,023 bantu Azizan

[ad_1]

Melaka: Sebanyak RM5,023 berjaya dikumpul sempena perlawanan amal dan tabung khas bagi membantu bekas pemain Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, Azizan Baba yang diadakan di Stadium Hang Tuah, malam tadi.

Program anjuran pasukan Melaka Elite dianjurkan bagi membantu membiayai pembedahan kos rawatan paha kiri Azizan yang mengalami kecederaan teruk akibat hamstring beberapa bulan lalu.

Kapten Melaka Elite Ayob Alias berkata, selain pasukannya, perlawanan lain membabitkan bekas pemain Johor, bekas skuad Belia Melaka dan bekas pemain Piala Presiden Melaka.

Katanya, antara bekas pemain yang menyertai perlawanan termasuk Halim Jantan, Mazelan Wahid, Mohd Noor Derus, Samsurin Abdul Rahman, Sapian Wahid dan Rashid Mamud.

Turut hadir Setiausaha Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa) Ahmad Roslee Hamzah dan Naib Presiden Musa Datuk Khairi Anuar Baduk.

Menurutnya, program antara lain turut sebagai pentas mengeratkan hubungan silaturahim antara bekas pemain yang sekian lama terpisah.

Malah ia mengimbau kembali era kegemilangan masing- masing semasa masih aktif dalam persada bola sepak negara.

Sebelum ini, Harian Metro/BH menyiarkan Azizan Baba, 39, yang menderita akibat darah beku di paha kirinya sejak kira-kira empat bulan lalu terlantar 11 hari di Hospital Melaka dan terpaksa menjalani pembedahan.

Menurutnya, darah beku berkenaan sudah dikeluarkan namun sakit yang dialami tidak berkurang sehingga amat menyakitkan.

Beliau berkata, proses Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan dia disahkan mengalami gejala hematoma yang jika tidak dirawat dan menjalani pembedahan boleh mengundang masalah lebih serius.

Sehubungan itu, dia memerlukan RM20,000 bagi menampung kos rawatan berkenaan.

[ad_2]

Source link

Share This Article